Bediüzzaman Said Nursi – Ramazan Balci

Para penggemar seni lukis kontemporari dan moden lebih-lebih era digital ini sudah pasti menyahut seru keramat perkawanan seni; Inktober, dengan menumpahkan idea kreativiti seni pada lukisan, setiap hari satu lukisan yang harus dihasilkan bermula 1 Oktober sehinggalah 31 Oktober yang bakal menutup tirainya hari ini. Hemat saya, Inktober ini merupakan suatu gagasan ekspresi harmoni antara perasaan dan emosi yang dimanifestasikan pada kertas putih; kadang-kadang bertema, kadang-kadang secara rawak.

Lalu, apa kaitannya dengan Bediüzzaman Said Nursi?

Teruskan membaca

Advertisements

Perancangan-ku, Perancangan-Nya

Sketsa Pagi Isnin

Bukan semua orang suka hari Isnin. Ya, benar hari Isnin yang sering dimomokkan dengan macam-macam perkara negatif itu sehingga wujudnya istilah yang selalu kita dengar, “Monday Blues”. Suatu keadaan kita kurang bermaya atau bersemangat untuk melakukan kerja setelah berehat, sinonimnya pada hari Isninlah setelah berehat pada hujung minggu, sebab itu umum menggelarnya “Monday Blues”.

Alkisahnya begini, aku Teruskan membaca

1001 Soal-soal Hidup – Dr. Hamka

Ini mungkin salah satu cara terbaik untuk menutup tirai bulan kemerdekaan dan pada masa yang sama sambil meraikan Hari Arafah dengan berkongsi sedikit resensi atau ulasan buku dan sekalung tahniah bagi mereka yang mampu berpuasa sunat pada hari ini. Semoga dikurniakan ganjaran yang setimpalnya. Insya-Allah!

Okay, resensi bukunya adalah mengenai hasil karya ciptaan permata nusantara, Dr. Hamka. Sebut saja tentang sosok tubuh bernama Dr. Hamka ini, pasti masing-masing mempunyai pendapat peribadi atau sesuatu yang ingin dikatakan sama ada dari segi ketokohan, kehebatan beliau dan sebagainya. Teruskan membaca

Cerita Budak Kampung Masuk Universiti (Versi Penuh)

Prolog

Setiap transisi atau peralihan akademik dari tingkatan yang rendah ke tingkatan yang lebih tinggi itu mempunyai cerita tersendiri. Misal kata, peralihan dari sekolah rendah ke sekolah menengah, dari menengah rendah ke menengah atas dan begitulah seterusnya. Setiap orang memiliki jalan cerita yang berbeza, mengimpikan cita-cita impian dan sebagainya. Di akhir hari kemudiannya, mereka ingin berjaya dalam hidup, itu matlamat utama mereka yang sama. Jadi salah satu cara untuk berjaya dalam hidup adalah dengan belajar, kemudian dapatkan sijil-sijil kelayakan dan skrol pengajian seterusnya berkerjaya dan sebagainya.

Oleh kerana setiap orang itu memiliki jalan cerita yang berbeza. Jadi, perkongsian penulisan kali ini lebih kepada menceritakan tentang perjalanan hidup seorang pelajar yang biasa-biasa saja, budak kampung. Tapi dia bercita-cita besar, dia ingin berbakti kepada keluarga, berjasa kepada masyarakat. Sebuah kisah benar yang dipungut daripada kotak memori masa lalu. Dengan harapan, perkongsian ini mampu menjentik semangat baru khususnya kepada budak-budak kampung yang berjiwa besar dan masih berada di bangku sekolah.
Continue reading “Cerita Budak Kampung Masuk Universiti (Versi Penuh)”

Dakwah Sahabat Cilik

920613_1038210222891820_296656968081620678_o
Projek 1 Cupcake 1 Selawat sempena sambutan Maulidur Rasul 1436H

Tidak perlu diulas apa-apa lagi, biarkan saja gambar di atas ini berbicara sendirinya. Tetapi aku senang hati ingin mengkhabarkan kepada para pembaca, sebenarnya aku dapat cupcake percuma dan nota informatif ringkas ini daripada sekawan budak perempuan yang comel ketika berada di suatu sudut sekitar PKNS Bangi.

“Assalamualaikum, abang. Abang nak ke cupcake ni?” aku disapa oleh Teruskan membaca