Semanis Kata Introduksi

Hai, assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya Radjham Bin Abraham dan ini adalah blog pertama saya. Blog saya mudah saja; blog ini dipecahkan kepada beberapa kategori dan mengikut skop bidang masing-masing. Antaranya;

  1. Realiti Hidup – Lebih kepada perkongsian mengenai realiti kehidupan masa kini. Komposisinya terdiri daripada perkongsian cerita-cerita jalanan, curahan dari hati ke hati dan juga perkongsian pengalaman hidup daripada saya sendiri dan mungkin juga daripada anda sendiri. Siapa tahu, kan?
  2. Cerminan Alam – Fokus utama adalah untuk menjadikan alam semula jadi sebagai satu refleksi atau muhasabah kepada kehidupan manusia itu sendiri. Personifikasi terhadap alam dan refleksnya kepada manusia itu sangatlah dekat, banyak pengajaran yang diperoleh dan semestinya memberikan impaknya tersendiri.
  3. Ibrah dan Pengajaran – Khusus kepada intipati-intipati yang diambil terus daripada Al-Quran dan Hadis autentik juga sirah-sirah nabawiyah dan para Sahabat. Dijadikan sebagai perkongsian yang mampu memberi sedikit sebanyak suntikan rohani dan menguatkan nilai spritual manusia itu sendiri.
  4. Dunia Hiburan – Mempersembahkan perkongsian sisi baik kepelbagaian elemen-elemen yang terkandung dalam seni hiburan; filem dan drama, muzik dan sebagainya. Inisiatif ini lantaran tidak menolak terus kehadiran dunia hiburan itu lebih-lebih dalam masyarakat kita khususnya di Malaysia pada hari ini. Baik dunia hiburan dalam negara mahupun luar negara.
  5. Diari Pengembara – Menampilkan coretan-coretan dan catatan diari yang diambil daripada pengalaman pengembaraan saya sendiri. Sedikit sebanyak mengenai pandangan dan tinjauan peribadi yang seterusnya merumuskan pengembaraan yang dilakukan.
  6. Resensi Buku – Turut dimuatkan juga perkongsian-perkongsian resensi buku sama ada yang telah saya bacakan ataupun diambil daripada rakan-rakan saya sendiri. Selain itu juga mengambil resensi-resensi yang telah dibuat oleh orang lain dengan izin atas tujuan untuk menyebarkannya lagi kepada orang lain di samping membudayakan amalan membaca itu sendiri. Bukankah bangsa membaca itu bangsa berjaya?
  7. Bicara Orang Lama – Peredaran zaman sama sekali tidak membiarkan peninggalan-peninggalan ‘orang lama’ terkubur begitu saja dan itulah sewajarnya. Untuk maksud tersebut menjadi keunikan pada blog ini kerana akan berkongsi mengenai bicara-bicara orang lama seperti peribahasa, pantun, syair, gurindam, cerita rakyat dan sebagainya yang merentasi seluruh tanah air kita dan juga alam Nusantara. Tidak cukup dengan itu turut disekalikan juga ulasan-ulasan ringkas bagi menampakkan lagi betapa indahnya orang-orang dahulu tatkala berbicara.
  8. Seuntai Kata – Akhir sekali, pada kategori ini cukuplah sekadar selingan ringkas dan bagi memeriahkan blog ini dengan untai-untaian kata mutiara orang-orang terdahulu; mereka yang berkuasa, alim ulama’, cerdik pandai dan bahkan sesiapa saja yang pernah hidup di atas muka bumi ini.

Akhir kata, tidak lain tidak bukan, setelah saya mula memikirkan perihal-perihal orang lain dan pentingnya untuk ke arah itu maka itu terbinalah blog yang tidak seberapa ini. Mungkin anda tidak meminati semua topik yang dibincangkan, tetapi sudah pasti ada di antara topik yang tersedia ini menarik hati anda, kan? Semoga blog ini dapat memberikan manfaat dan impak positif kepada anda yang membacanya. Selamat membaca!

Wallahua’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s