Dakwah Sahabat Cilik

920613_1038210222891820_296656968081620678_o
Projek 1 Cupcake 1 Selawat sempena sambutan Maulidur Rasul 1436H

Tidak perlu diulas apa-apa lagi, biarkan saja gambar di atas ini berbicara sendirinya. Tetapi aku senang hati ingin mengkhabarkan kepada para pembaca, sebenarnya aku dapat cupcake percuma dan nota informatif ringkas ini daripada sekawan budak perempuan yang comel ketika berada di suatu sudut sekitar PKNS Bangi.

“Assalamualaikum, abang. Abang nak ke cupcake ni?” aku disapa oleh sekawan budak perempuan sambil menghulurkan sebiji cupcake

“Boleh juga, dik” aku menyahut pemberian cupcake mereka itu

“Tapi, sebelum kita orang nak bagi, abang kena selawatlah dulu baru boleh dapat cupcake ni” ujar adik kecil tadi yang salah satunya bernama Malisa sambil ditemani rakannya seorang lagi, Najihah.

Lalu, aku pun berselawatlah sebentar mengikut apa yang dikehendaki mereka tadi.

Wahhh! Aku terpegun sebentar ketika itu, bagi aku aura mereka cukup hebat. Lebih-lebih ketika mereka menghulurkan sebiji cupcake dan sekeping nota informatif itu.

Kagum dan senang hati melihat mereka kerana di usia 7-8 tahun itu, mereka memberanikan diri untuk terjun ke medan dakwah bertemu masyarakat hanya untuk mengajak berselawat kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga usaha murni mereka ini berterusan dan menjadi ikutan ramai. Lalu, kita pula bagaimana? 

Bangi | 27 Disember 2015

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s